Penyelidikan Camellia sinensis

Menurut kaji selidik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat pada tahun 2007, minimum kandungan flavonoid dalam secawan teh hijau adalah lebih tinggi daripada jumlah makanan dan minuman lain yang biasanya dianggap sihat, termasuk buah-buahan segar, jus sayur-sayuran atau wain. Flavonoids adalah kumpulan fitokimia dalam kebanyakan produk tumbuhan yang berperanan untuk meningkatkan tahap kesihatan seperti mengekalkan fungsi-fungsi anti-pengoksidaan dan anticarcinogenic. Walau bagaimanapun, berdasarkan kajian USDA yang sama, kandungan flavanoids mungkin berubah-ubah secara mendadak di kalangan produk teh yang berlainan.